Bunyi dinding dicakar, makin lama makin kuat - Fasha Sandha kongsi detik misteri - Utusan Malaysia

Bunyi dinding dicakar, makin lama makin kuat – Fasha Sandha kongsi detik misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fasha Sandha berkongsi detik gangguan misteri yang berlaku di inap desa di Kuala Kangsar, Perak ketika penggambaran filem baharunya, Cerana Biduk Bu Merah sekitar 2018.

Kongsi Fasha, dia dan jurumekap serta beberapa kru produksi terdengar bunyi cakaran dinding yang semakin lama semakin kuat ketika mereka berada di inap desa tersebut.

“Kalau nak kata gangguan mistik sangat tidaklah, tetapi ada satu momen apabila saya berada di dalam bilik di inap desa itu. Tiba-tiba bunyi cakaran di dinding yang sangat kuat. Makin lama makin kuat.

“Cuma saya dan kru tidak ambil serius. Anggap ‘dia’ nak lalu sahaja. Sebelum bekerja terutama di lokasi terpencil saya pastikan jaga adab dan ‘minta izin’ supaya kerja berjalan lancar kerana niat nak mencari rezeki.

“Alhamdulillah tiada sebarang kejadian berlaku kepada saya sepanjang penggambaran cuma ada dengar bunyi-bunyi pelik sahajalah. Tidaklah aneh sangat sebab di tempat yang terpencil kan,” katanya.

Dalam pada itu, bercakap soal filem arahan Haizul Anafer itu, Fasha berkata, antara sebab dia menerima tawaran berlakon naskhah seram tersebut adalah kerana Wan Hanafi Su walaupun mungkin bayaran tidak besar mana.

Selain itu jelasnya, dia tidak berkira soal bayaran apabila membabitkan keghairahan terhadap lakonan walaupun berada pada senarai pelakon gred A.

“Dalam menerima sesuatu tawaran, kita perlu ada pertimbangan. Ada filem mempunyai bajet tertentu tetapi kita kena tengok situasi antaranya tidak boleh ikut kadar bayaran semasa kita.

“Macam filem ini saya buat kerana cinta pada lakonan selain dapat timba ilmu. Apa pun bayaran itu subjektif, jadi setiap pelakon kena jaga kadar masing-masing, jangan sampai dipermainkan,” katanya.

Cerana Biduk Bu Merah filem genre seram yang diterbitkan Goldhill Pictures Sdn Bhd menceritakan kisah seorang wanita tua yang dipinggirkan orang kampung tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka.

Namun, kehadiran seorang gadis, Sofia yang hampir menjadi mangsa rogol mengubah kehidupan Bu Merah dengan kejadian-kejadian aneh yang berlaku.

Filem itu bakal ditayangkan di 70 pawagam tempatan bermula 12 Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya