Buka kafe sarapan dalam nurseri bunga

Buka kafe sarapan dalam nurseri bunga

RINA Emi Ibrahim menunjukkan menu yang dijual dan disediakan di Cerita Pokok Nursery Cafe, Batu 6, Jalan Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bermula dengan membuka sebuah nurseri bunga pada tahun lalu, kini seorang suri rumah membuka pula sebuah kafe yang menyajikan makanan sarapan di nurseri bunga tersebut yang terletak di Batu 6, Jalan Jelebu di sini.

Rina Emi Ibrahim, 47, berkata, hasratnya membuka kafe dikenali Cerita Pokok Nursery Cafe tersebut adalah untuk memberikan kelainan kepada nurseri bunga yang diusahakannya sebelum itu.

“Saya menjalankan perniagaan nurseri bunga memang kerana minat kepada penjagaan bunga. Namun bagi mencipta kelainan daripada nurseri bunga yang lain, saya membuka pula sebuah kafe.

“Alhamdulillah, selepas lebih sebulan kafe ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar untuk minum pagi sambil membeli bunga di sini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini semalam.

Rina Emi berkata, antara menu sarapan yang disediakan ialah nasi lemak, mi kari dan kuih-muih.

“Saya memang mempunyai perancangan membuka kafe ini bagi minum petang pula selain menyediakan pelbagai hidangan barbeku untuk sebarang penganjuran majlis di sini pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, terdapat lebih 200 jenis pokok bunga yang dijual di nurseri tersebut bermula pada harga serendah RM5. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya