Bruno Mars batal konsert di Tel Aviv

Bruno Mars batal konsert di Tel Aviv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Penyanyi, Bruno Mars membatalkan konsert hari keduanya di Tel Aviv setelah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan negara itu dalam peperangan.

Penyanyi Talking to the Moon itu sepatutnya mengadakan konsert tersebut pada 7 Oktober lalu selepas konsert di hari pertama pada 4 Oktober lalu di Hayarkon Park, Tel Aviv. Tiket untuk kedua-dua hari laris dijual.

Pengumuman itu dibuat penganjur, Live Nation Israel menerusi Instagram rasmi mereka dalam bahasa Ibrani.

“Dimaklumkan bahawa persembahan Bruno Mars yang sepatutnya berlangsung pada malam ini dibatalkan. Penebusan dan ganti rugi tiket akan dikembalikan,” tulis kenyataan itu.

Dalam hantaran yang sama, penganjur mendoakan kedamaian dan ketenangan serta buat keluarga yang kehilangan orang yang mereka sayangi kerana peperangan.

Bruno dimaklumkan telah meninggalkan Lapangan Terbang Ben Gurion bersama 60 kru yang lain pada Ahad sekitar pukul dua petang. Dia terbang ke Athena sebelum ke Qatar bagi menyambung konsert jelajahnya.

Pada Sabtu, Hamas memulakan operasi Taufan Al-Aqsa iaitu serangan mengejut oleh Brigade Al-Qassam dan Al-Quds.

Kira-kira 5,000 roket dilancarkan ke tanah haram Israel selain menyusup masuk ke beberapa daerah di negara itu yang menempatkan penempatan haram rakyat rejim tersebut.

Israel pula melancarkan Operasi Pedang Besi’ dengan serangan dari pelbagai arah yang kebanyakannya menyasarkan penempatan awam di Gaza.

Jumlah kematian akibat pencerobohan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 413 sementara 2,300 lagi cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya