BoostBiz tawar rangkaian fungsi digital komprehensif bantu PMKS

Bagaimana penyelesaian digital mudah membantu peniaga melonjakkan perniagaan tanpa batasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemunculan penyelesaian digital menjadi pemacu dalam mentransformasikan landskap perniagaan di Malaysia, seterusnya mendorong pengembangan dan pertumbuhan usahawan dan pemilik perniagaan tempatan. 

Transformasi itu dilihat amat penting memandangkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara.

Peranan PMKS ternyata sejajar dengan matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi untuk meningkatkan sumbangan KDNK PMKS kepada 41% menjelang tahun 2025.

Justeru, pemilik perniagaan Malaysia akan mendapat manfaat yang besar daripada penyelesaian digital dipermudahkan dalam membantu menjadikan operasi perniagaan lebih mudah sambil membuka peluang tanpa batasan.

Cabaran biasa dihadapi peniaga

Di sebalik cabaran biasa yang dihadapi pemilik perniagaan seperti kekangan kewangan dan persaingan pasaran, isu khusus menjadi titik masalah langsung yang memberi kesan kepada operasi harian mereka.

Satu cabaran terbabit melibatkan tugas menyalin serta menampal butiran bank secara manual yang memakan masa dan boleh menyebabkan berlakunya kesilapan. 

Peniaga juga dilihat sentiasa menyalin dan mengesahkan nombor akaun yang panjang berkali-kali, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya kesilapan, selain langkah ini dianggap membuang masa.

Selain itu, isu berkaitan jumlah pembayaran yang salah dan kesilapan pelanggan boleh meningkatkan cabaran peniaga. 

Kesalahan mungkin wujud daripada pelanggan yang tersilap menaip atau salah mengira jumlah pembayaran, seterusnya menyebabkan berlaku percanggahan pembayaran serta potensi kerugian kewangan.

Tambahan pula, kemasukan data secara manual oleh peniaga juga boleh menyebabkan berlakunya kesilapan, sekali gus merumitkan lagi urus niaga kewangan.

Ketiadaan sistem penjejak pesanan yang mantap akan menimbulkan cabaran yang ketara kepada peniaga. Tanpa mekanisme penjejak yang tepat, pemantauan status pesanan akan menjadi sukar, di mana ia berpotensi mengakibatkan kelewatan, kekeliruan dan ketidakpuasan hati pelanggan.

Impak penyelesaian digital yang dipermudahkan

Kemunculan penyelesaian digital membolehkan peniaga menyelaras operasi perniagaan dengan lebih cekap. 

Fungsi digital yang dipermudahkan ini mengurangkan kerja pentadbiran serta menjimatkan masa dan kos. Dengan mengautomasikan tugas manual seperti kemasukan data, peniaga dapat meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kesilapan dan mempercepatkan aspek mengambil pesanan. 

Ini bukan sahaja meminimumkan risiko kesilapan manusia tetapi juga memastikan transaksi kewangan lebih tepat.

Set penyelesaian peniaga BoostBiz menawarkan rangkaian fungsi digital komprehensif yang direka untuk mengoptimumkan operasi perniagaan dan meningkatkan kecekapan. 

Penyelesaian Inovatif seperti BoostBiz Payment Link , Biz Merchant Wallet  dan DuitNow QR  telah mentakrifkan semula cara perniagaan membuat dan menerima pembayaran dalam landskap perniagaan moden.

Fungsi berkuasa ini menyelaraskan urus niaga kewangan, meningkatkan keselamatan dan meningkatkan kecekapan keseluruhan PMKS. Lebih ketara, semua penyelesaian ini boleh diakses dengan mudah menerusi Boost Biz, satu-satunya aplikasi yang memudahkan perniagaan anda.

Pembayaran lebih mudah dengan BoostBiz Payment Link

BoostBiz Payment Link menawarkan penyelesaian yang lancar untuk memudahkan pembayaran dan meningkatkan ketepatan sepanjang proses transaksi kepada peniaga, merentas semua jenis perniagaan, tanpa mengira status pendaftaran mereka dengan SSM atau majlis tempatan.

Dengan URL pembayaran unik yang boleh dikongsi dengan mudah dan berbilang pelanggan melalui pelbagai platform, ia menjadikan proses pembayaran menjadi lebih mudah.

Pelanggan kini boleh mengklik pada pautan pembayaran, seterusnya membolehkan peniaga menerima pembayaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Justeru, proses kemasukan data manual atau berkongsi maklumat perbankan yang sensitif tidak lagi diperlukan, sekali gus mengurangkan risiko kesilapan pembayaran.

Selain itu, peniaga amat menghargai fleksibiliti untuk membolehkan pelanggan mereka membayar menggunakan kaedah pilihan mereka, di mana pelanggan mempunyai kebebasan untuk memilih Perbankan Dalam Talian, Kad Kredit atau Debit, atau e-dompet. Fleksibiliti ini memastikan pengalaman pembayaran yang lancar dan disesuaikan untuk setiap pelanggan.

Penyelesaian ini juga menawarkan pendekatan berpusat untuk pengurusan pesanan dalam satu aplikasi, semuanya tanpa sebarang yuran langganan.

Peniaga boleh menguruskan ketersediaan stok dengan mudah, selain menetapkan had pesanan dengan setiap pautan pembayaran, sekali gus menyediakan kawalan dan fleksibiliti. Dengan fungsi katalog produk yang baru diperkenalkan, pengalaman ini lebih mudah dan mesra pengguna.

Peniaga akan menerima pemberitahuan segera dalam aplikasi selepas pesanan pelanggan diperoleh menerusi pautan pembayaran. 

Bahagian khusus ‘Orders’ dalam aplikasi menawarkan keterlihatan masa nyata ke dalam status pembayaran dan proses pesanan yang telah dipenuhi, yang mana memudahkan pemantauan urus niaga dari mula hingga berjaya disiapkan.

Penyelesaian digital yang dipermudahkan seperti BoostBiz memperkasakan pemilik perniagaan dengan mengutamakan pertumbuhan dalam menangani cabaran utama. 

Automasi tugas manual, proses pembayaran diperkemas, dan penjejakan pesanan masa nyata melalui BoostBiz Payment Link bukan hanya meningkatkan skalabiliti dan fleksibiliti perniagaan, malah melengkapkan pemilik dengan alatan yang diperlukan untuk mengendalikan jumlah transaksi yang meningkat dan permintaan yang berkembang pesat.

Penyelesaian ini menyediakan pengalaman sempurna dan bermanfaat untuk anda dan pelanggan anda.

Penggunaan ciri-ciri yang ditawarkan ini membolehkan pemilik perniagaan meneroka tahap kecekapan dan produktiviti baharu, seterusnya meletakkan diri mereka ke arah kejayaan yang mampan dalam pasaran hari ini tanpa halangan !

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya