BNM keluar notis FinTIP ancaman serangan penggodam pro-Israel

BNM keluar notis FinTIP ancaman serangan penggodam pro-Israel

Bank Negara Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan pihaknya bersama industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang bakal berlaku dalam ruang siber.

BNM dalam satu kenyataan berkata, notis Financial Sector Cyber Threat Intelligence Platform (FinTIP) yang tersebar menerusi dalam media sosial adalah pemberitahuan untuk berjaga-jaga yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama berkaitan.

“BNM ingin memaklumkan tentang notis FinTIP yang tersebar menerusi media sosial. FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman.

“Notis FinTIP membolehkan institusi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi melindungi sistem mereka dan mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan terhadap perkhidmatan kewangan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan notis FinTIP dikeluarkan susulan terdapat kemungkinan serangan siber yang bakal dilancarkan oleh kumpulan penggodam pro-Israel terhadap rangkaian strategik negara.

Perkara ini selepas kumpulan penggodam yang berasal daripada negara ini yang juga dikenali sebagai ‘DragonForce’ menyerang rangkaian strategik Israel.

Melalui notis tersebut, dipercayai terdapat 10 kumpulan penggodam iaitu Team UCC Operations or Unknown Cyber Cult, Kerala Cyber Xtractor, SilentOne, Indian Cyber Force, Garuna Ops, Israel Cyber Defence, Termux Israel, Anonymiss, Gaza Parking Lot Crew dan Silencer of Evil.

Dipercayai sebahagian daripada kumpulan penggodam tersebut berasal atau berpangkalan di India yang mempamerkan solidariti teguh terhadap rejim Zionis. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya