BlackBerry hasrat kerjasama bersama Malaysia - Anwar

BlackBerry hasrat kerjasama dengan Malaysia – Anwar

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan hormat rombongan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat utama Kanada yang menawarkan perisian dan perkhidmatan penyelesaian keselamatan siber, BlackBerry berhasrat bekerjasama dengan Malaysia berikutan pertumbuhan ekonominya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu dimaklumkan dalam kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry Cybersecurity, John Gianmatteo bersama Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Wayne Robson,  semalam. 

“Ini termasuk cadangan pembukaan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber BlackBerry yang pertama di rantau Asia Pasifik.

“Saya nyatakan pendirian Malaysia untuk terus membuka peluang dan memudah cara pelaburan berkualiti yang ingin dibawa pihak luar.

“Moga komitmen dan usaha bersepadu yang sedang dilaksana Kerajaan Perpaduan dalam menstruktur ekonomi dapat menarik minat lebih ramai pelabur asing,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya