Bila kerajaan beri peruntukan realisasi Pan Borneo di Sabah? 

Parlimen: Bila kerajaan beri peruntukan realisasi Pan Borneo di Sabah? 

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin dari Sabah meluahkan kekecewaannya terhadap projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu yang terlalu perlahan sedangkan projek sama di Sarawak bakal siap sepenuhnya.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tiga fasa bagi projek itu masih bergelut dengan masalah kewangan.

Selain itu, kataya, lebih membuatkannya kecewa ialah negeri itu masih dijuarai dengan kadar kemiskinan yang tinggi malah mundur daripada segala pembangunan.

“Saya sedih dan kecewa dari dahulu saya berjuang supaya Pan Borneo dapat direalisasi…di Sarawak hujung tahun ini 100 peratus akan siap tetapi di Sabah amat malang sekali.

“Fasa 1 Pan Borneo masih bergelut dengan kewangan. Fasa 2 iaitu daripada Tamparuli ke Kundasang, bila kerajaan dapat laksanakannya? Sama juga dengan fasa 3 dari Tawau ke Kalabakan ke Kimanis, bilakah peruntukannya diberi kerajaan?

“Sabah ini sepatutnya negeri yang berpotensi untuk dibangunkan dengan ekonomi yang baik tetapi sehingga hari ini Sabah negeri kedua termiskin. Ini masalah yang dihadapi oleh kami,” katanya semasa membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dipercepat selepas melihat kemajuan yang perlahan di negeri itu berbanding di Sarawak.

Anwar berkata, selain Kementerian Kewangan, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof juga ditugaskan untuk memastikan pembinaan lebuh raya itu tidak lagi tertangguh.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 minggu lalu, Anwar mengumumkan proses tender bagi 19 pakej kerja fasa 1 untuk lebuh raya berkenaan akan diselesaikan bulan depan.

Pakej kerja berkenaan membabitkan jajaran sepanjang 366 kilometer dengan kos RM15.7 bilion.

Secara keseluruhan, Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengandungi 35 pakej kerja dalam Fasa 1, dengan 16 daripadanya iaitu Fasa 1a sudah dimulakan manakala baki 19 pakej dalam Fasa 1b belum bermula.

Panjang jajaran dalam semua pakej kerja itu dianggarkan 706 kilometer. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya