KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan perbicaraan kes pelakon Muhammad Hafidz Roshdi atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, didengar pada Februari tahun depan. Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret pada prosiding itu menetapkan perbicaraan didengar selama dua hari pada 6 dan 7 Februari 2024. Sementara itu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Muhammad Hafidz memaklumkan, pihaknya sudah mengemukakan representasi kepada pejabat timbalan pendakwa raya bagi menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya. Ujar beliau, representasi itu dikemukakan pada 28 September lalu selepas menerima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya