Bertikam lidah isu tuduh DAP kafir

Bertikam lidah isu tuduh DAP kafir

AHMAD MARZUK SHAARY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary menarik balik kenyataannya selepas didakwa menuduh DAP kafir di Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyifatkan kenyataan yang dibuat itu kurang sopan dan biadab kerana DAP juga diwakili Ahli Parlimen yang beragama Islam.

“Beliau telah mengeluarkan kenyataan, kita semua juga dengar bahawa DAP adalah kafir. Kita ada Ahli-ahli Parlimen dari Bentong, Bangi dan Bukit Bendera yang beragama Islam.

“Saya minta Yang Berhormat kalau nak mengkafirkan kami, tidak ada masalah tetapi kata DAP kafir sedangkan Yang Berhormat Bangi, Bukit Bendera dan Bentong merupakan ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2024 hari ini.

Katanya, sebagai Ahli Parlimen dari DAP, beliau wajar mempertahan ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam.

“Tolonglah jangan biadab macam ini, saya minta beliau tarik balik kenyataan itu sebab kenyataan DAP kafir ialah kurang sopan dan memang biadab.

“Kalau saya tak bangun mempertahankan Ahli-ahli Parlimen seperti Bentong, Bangi, Bukit Bendera yang sama agama Islam dengan Yang Berhormat (siapa lagi?),” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Noor menyifatkan penjelasan tersebut munasabah dan bersetuju bahawa DAP juga diwakili orang Islam dan meminta Ahmad Marzuk menarik balik kenyataan beliau.

Ahmad Marzuk bagaimanapun mempertahan kenyataan beliau dan menyifatkan ia disalah tafsir kerana hanya mengambil contoh kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang melabelkan parti itu sebagai kafir harbi.

“Dalam bahasa percakapan ilmu seni bahasa Arab bermaksud, “Kita sebut secara menyeluruh tetapi yang kita maksudkan hanyalah tertentu’. Jadi yang saya maksudkan, Jelutong kafir… Ipoh Timur kafir… Saya sebut umum tapi khusus kepada yang tertentu.

“Kalau itu disalah tafsir, saya tarik balik, tetapi saya sebut DAP kafir harbi yang didakwa oleh Mufti Pahang, kita tidak setuju kerana ia memberi kesan yang sangat besar,” jelas beliau.

Namun, Rayer menyifatkan Ahmad Marzuk hanya memutar-belitkan kenyataan asal yang dibuatnya.

Berdasarkan ucapannya, Ahmad Marzuk menyatakan bahawa “Kita tak setuju orang kata DAP ini kafir harbi, walaupun memang kafir.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN