Berjodoh kerana kucing - Utusan Malaysia

Berjodoh kerana kucing

NUR Fatihah Noor Azhar Shah (tengah) bersama keluarga mentuanya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Turut kelihatan, si bulus bernama Mino.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATA orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Siapa sangka daripada tidak pernah menyukai kucing, akhirnya si bulus menjadi punca ikatan perkahwinan buat seorang pekerja swasta.

Kongsi Nur Fatihah Noor Azhar Shah, 26, minat itu secara tidak langsung berputik selepas teman lelaki yang dikenalinya tiga tahun lalu, Muhammad Emir Badrul Hisham adalah pencinta kucing.

Ketika itu, katanya, teman lelakinya membela beberapa ekor kucing dan kerap berkongsikan dalam media sosial.

“Sebagai pasangan, sudah tentu saya perlu melayan minat yang sama dengan suami. Semenjak itu jugalah saya mulai suka kucing. Kebetulan waktu itu pandemik Covid-19 melanda, jadi masa kami lebih banyak di rumah,” kongsinya.

Bertitik tolak daripada itu, Nur Fatihah kerap menemani menghantar kucing ke veterinar, grooming atau boarding apabila pulang ke kampung.

“Bila pergi kedai haiwan saya sudah mula suka dan teringin memegang kucing. Mula-mula, memang menjerit selepas dicakar.

“Tapi lama-kelamaan jadi tak kisah sebab makin teringin membeali kucing-kucing yang comel. Daripada takut-takut, akhirnya mula jatuh hati dengan kucing,” katanya.

Minat yang sama akhirnya membawa ikatan pasangan itu ke jenjang pelamin, awal tahun ini.

 

Selain berkongsi rumah dengan pasangan, mereka juga berkongsi kucing di bawah bumbung yang sama.

Sudah menjadi rutin katanya, mengambil berat mengenai kucing terlebih dahulu pada setiap pagi sekalipun pergi berbulan madu.

“Bangun tidur bukan pegang telefon bimbit, tetapi cari kucing sebab nak gomol-gomol dan bermanja.

“Kalau masa Aidilfitri, orang sibuk belu baju raya, tetapi kami lebih teruja cari baju raya kucing daripada baju raya sendiri,” katanya yang sanggup berhabis RM500 sebulan demi kucing kesayangannya.

Nur Fatihah dan suami membela dua kucing gebu berwarna putih daripada baka Domestic Long Hair yang kini sudah berusia dua tahun. Kucing betina itu diberikan nama Mino Cincess.

Kucing jantan pula adalah daripada baka Domestic Short Hair bernama Nunez Cincess kini mencecah usia setahun.

Uniknya, kedua-dua kucing milik pasangan itu, mempunyai bebola mata warna kuning dan biru.

Kedua-duanya sudah dimandulkan bagi mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik atau berjangkit lain.

Mengenai pemilihan nama itu, Nur Fatihah berkata, mereka berdua adalah peminat tegar kelab bola sepak Liverpool dan kesemuanya ilham daripada nama pemain kelab berkenaan.

PERNAH HILANG

 

Sekalipun, ada orang menawarkan untuk membeli kucingnya pada harga RM2,000, Nur Fatihah menolak kerana sayang.

Baginya, tiada harga yang dapat menggantikan kasih sayangnya terhadap Mino dan Nunez. Mino pernah hilang semasa pulang ke kampung di Pulau Pinang, membuatkan emosi pasangan ini terganggu.

“Kami siarkan iklan pencarian kucing hilang dengan ganjaran RM1,000.

“Nak dijadikan cerita, akhirnya jiran berusia 12 tahun yang jumpa kucing dalam longkang. Masa itu memang nampak Mino menggigil ketakutan dan penuh kekotoran,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya