Bercuti tanpa gangguan dengan produk terbaharu Takaful IKHLAS

MSAM: Bercuti tanpa gangguan dengan produk terbaharu Takaful IKHLAS

AHMAD FUZI Abdul Razak (tengah); Rudy Rodzila Che Lamin (kiri) dan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (kanan) ketika pelancaran IKHLAS Secure Travel Takaful di MSAM Setia Fontaines, Bertam, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Pelan takaful perjalanan atau IKHLAS Secure Travel Takaful yang dilancarkan oleh Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS) semalam membolehkan pelanggan produk itu bercuti dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, menerusi pelan itu, pihaknya menjalin kerjasama dengan pelbagai rangkaian perjalanan dan perubatan di seluruh dunia.

Katanya, ia bagi memastikan para pelanggan mereka sentiasa dilindungi tidak kira di mana sahaja destinasi percutian mereka sama ada di dalam atau di luar negara.

“Antara manfaat yang ditawarkan di bawah pelan perjalanan takaful ini termasuk perlindungan terhadap pembatalan atau gangguan percutian, kehilangan bagasi, kecemasan perubatan, badal haji serta bantuan 24 jam perjalanan dan kesihatan dan perkhidmatan ambulan udara. 

“Bagi penggemar aktiviti lasak pula, mereka juga boleh mendapatkan lebih perlindungan dengan sumbangan tambahan,” katanya.

Terdahulu, pelan takaful perjalanan itu dilancarkan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ketika sesi kunjungannya ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Setia Fontaines, Bertam di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Mengulas lanjut, Rudy Rodzila berkata, IKHLAS Secure Travel Takaful juga ditawarkan kepada jemaah haji dan umrah dengan pelbagai rangkaian perubatan terkemuka disediakan di Mekah dan Madinah.

“”Kami berharap masyarakat lebih peka akan kepentingan perlindungan takaful perjalanan semasa merancang percutian mereka.

“Ia tidak boleh dipandang remeh kerana risiko berlakunya perkara yang tidak diingini semasa sedang bercuti sentiasa ada,” kata beliau.

Dalam pada itu, bagi memeriahkan lagi promosi produk-produk Takaful IKHLAS sempena berlangsungnya MSAM 2023 ini, pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pengunjung bertuah khususnya mereka yang menyertai mana-mana pelan perlindungan takaful keluarga. 

Antaranya termasuk pelbagai barangan elektronik, gajet dan sijil simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang secara keseluruhannya bernilai lebih RM27,000. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya