Kerajaan beri subsidi RM950 setiap tan untuk beras import

Kerajaan beri subsidi RM950 setiap tan untuk beras import mulai 5 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak RM950 setiap tan metrik bagi beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak mulai 5 Oktober ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kaedah itu membolehkan beras putih import dijual dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram.

Katanya, tindakan itu diambil memandangkan pengeluaran beras putih tempatan di kedua-dua negeri itu adalah terlalu terhad.

“Kerajaan akan ambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampur beras putih tempatan dan import atau menyorokkan beras putih tempatan.

“Beli beras mengikut keperluan dan kemampuan, jangan ada pembelian panik, beli seperti biasa, ikut keperluan keluarga masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya