Belanjawan: Kerajaan bayar hutang lebih RM45 bilion tahun in

Belanjawan 2024: Kerajaan bayar hutang lebih RM45 bilion tahun ini

ANWAR Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' di Dewan Rakyat. - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hutang dan liabiliti negara menjangkau RM1.5 trilion atau 82 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, bayaran khidmat hutang sahaja dijangka mencatatkan RM46.1 bilion atau 15.2 peratus daripada hasil 2024.

Justeru, katanya, hanya dengan mengurangkan defisit dan tanggungan, kerajaan dapat mengembalikan kedudukan fiskal negara yang mampan.

“Tekad perubahan harus bermula dengan iltizam setiap warga, terpancar dari keyakinan dan hati nurani. Kesedaran bersama ke arah pembaharuan.

“Maka, Belanjawan 2024 yang saya ungkap sebagai Belanjawan Madani Kedua menghamparkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam memaknai sebuah cetusan nurani bagi mengangkat darjat harakat ekonomi negara dan rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya