Belanjawan 2024 utamakan tatakelola, ekonomi, darjat hidup rakyat 

Belanjawan 2024 utamakan tatakelola, ekonomi, darjat hidup rakyat 

ORANG ramai mengikuti pembentangan Belanjawan 2024 oleh Anwar Ibrahim hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembentangan Belanjawan 2024 Madani Kedua sebagai kesinambungan dasar Kerangka Ekonomi Madani.

Perdana Menteri berkata, semua usaha yang dirangka dalam belanjawan itu meliputi setiap keutamaan dan penanda aras Ekonomi Madani yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama.

Katanya, pertama adalah tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan; kedua penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan dan ketiga adalah peningkatan darjat hidup rakyat.

“Kesempatan yang ada perlu dimanfaat untuk kita melakukan reformasi menyeluruh terhadap struktur ekonomi bagi mengembalikan tahap negara sebagai jaguh Asia.

“Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat diluncurkan sebagai kerangka besar bagi berdepan kerencaman tantangan semasa dan jangka panjang dengan menaikkan siling dan lantai. Tumpuan utama adalah untuk merombak struktur ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, langkah-langkah baharu di bawah Ekonomi Madani adalah untuk mencapai tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana.

Tambahnya, Ekonomi Madani juga menjadi induk kepada dasar-dasar seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMK12). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya