Belanjawan 2024: Tenaga buruh wanita dipertingkat

Belanjawan 2024: Tenaga buruh wanita dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerangka Ekonomi Madani menetapkan penanda aras supaya kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh ditingkatkan kepada 60 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027.

Oleh itu, kerajaan mencadangkan bahawa had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak yang ditingkatkan kepada RM3,000.

“Kerajaan akan memperluas program ini di tiga lagi pusat penempatan sementara masing-masing satu di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan peruntukan RM10 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Parlimen, hari ini. 

Dalam pada itu, Kemas akan diberi peruntukkan sebanyak RM586 juta kepada 10 buah tabika dan Taska baharu dengan kos sebanyak RM31 juta.

Tadika dan Tabika yang bakal dibina antaranya di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, (Terengganu); Felda Jelai 1, Tampin, (Negeri Sembilan) dan Taman Kota Masai, Johor Bahru, (Johor).

“Sejumlah RM20 juta turut disediakan bagi menaik taraf premis Pendidikan Awal Kanak-kanak kemas,” katanya. 

Pada tahun hadapan juga, sebanyak 26 buah prasekolah baharu di bawah Kementerian Pendidikan dibina melibatkan kos RM82 juta.

“Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas dengan peruntukan RM20 juta dengan sasaran untuk melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya