Belanjawan 2024: Sumbangan khas RM700 hargai jasa guru takmir, KAFA, imam, bilal, siak

Belanjawan 2024: Sumbangan khas RM700 hargai jasa guru takmir, KAFA, imam, bilal, siak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju memberi sumbangan khas menjadi RM700 bagi menghargai jasa dan peranan besar lebih 70,000 guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti. 

Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan khas itu akan disalurkan terus kepada mereka dengan peruntukan disediakan lebih RM50 juta. 

Beliau berkata, ia antara peruntukan yang disediakan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam yang berjumlah RM1.9 bilion. 

“Tahun hadapan dua buah institusi pendidikan Islam akan dibina dengan kos RM220 juta iaitu Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol, Negeri Sembilan. 

“Sejumlah RM150 juta disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan islam antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz. 

“Insya-Allah, penganjuran majlis ilmu oleh tokoh dan ilmuan Islam di seluruh negara khususnya di Kompleks Seri Perdana akan diteruskan dan diperbanyak bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan ilmu agama kepada umat Islam,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan juga memutuskan untuk mengembalikan semula geran bantuan sebanyak RM20,000 kepada semua sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jakim. 

Katanya,  kerajaan pada 2003 sebelum ini telah memberhentikan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat atas alasan pendekatan pengajaran Islam yang tidak berada di landasan yang betul.

“Pemberian ini diharap dapat menyokong fungsi sekolah agama rakyat dalam melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya