Belanjawan 2024: Subsidi diesel kekal untuk nelayan

Belanjawan 2024: Subsidi diesel kekal untuk nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan terus mengekalkan subsidi diesel pada harga terendah untuk RM1.65 seliter kepada nelayan kelas tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, nelayan turut diberikan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan dan Insentif  Hasil Tangkapan Nelayan sehingga RM1,000 sebulan.

Katanya peruntukan di bawah Belanjawan Madani Kedua menyediakan RM2.6 billion bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada para pesawah dan nelayan.

“Untuk nelayan, kerajaan juga menyediakan RM10 juta bertujuan membina dan membaik pulih rumah nelayan yang uzur,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya