Belanjawan 2024: RM2.4 bilion kepada Felda, Felcra, RISDA

Belanjawan 2024: RM2.4 bilion kepada Felda, Felcra, RISDA

sawit
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan RM2.4 bilion kepada Felda, Felcra Berhad (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA) untuk terus merancakkan aktiviti agrikomoditi dan meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan menyediakan Insentif Program Tanam Semula Sawit dengan peruntukan RM100 juta yang ditawarkan secara geran dan pinjaman kepada 7,000 pekebun kecil sawit persendirian.

Beliau berkata, ia bagi membendung masalah keluasan sawit tua atau lebih 25 tahun yang dijangka mencapai lebih 560 ribu hektar menjelang 2027 dan ia menjejaskan produktiviti hasil buah tandan segar dengan kerugian sehingga RM7 bilion setahun.

“Industri kelapa sawit negara perlu terus dipertahan daripada salah tanggap Eropah. Kerajaan menyediakan RM70 juta bagi meningkatkan tahap kemampanan industri sawit serta memperhebat Kempen Menangani Antiminyak Sawit di pentas antarabangsa,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM90 juta kepada RISDA dan Felcra untuk menggalakkan pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah ladang melalui penghasilan tanaman makanan dan ternakan seperti cendawan, nanas, kelapa matag, lembu dan ayam.

Anwar berkata, ia bagi meningkatkan produktiviti hasil perladangan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing melalui mekanisasi dan automasi seperti dron dan kenderaan pandu sendiri, skop galakan cukai automasi akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.

“Dalam Belanjawan 2023, saya telah menaikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 sen kepada RM2.70 sekilogram.

“Sekali lagi setelah mendengar keluhan para pekebun getah, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan paras harga pengaktifan IPG kepada 3 ringgit sekilogram dengan peruntukan RM400 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya