Belanjawan 2024: RM17 juta untuk Program Tahfiz TVET

Belanjawan 2024: RM17 juta untuk Program Tahfiz TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM17 juta disediakan kerajaan untuk melaksanakan Program Tahfiz  Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Perdana Menteri berkata, ia akan membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran di samping meneruskan pengajian hafazan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, pelepasan cukai sehingga RM2,000 bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026 bagi menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menceburi bidang baharu,

“Pelepasan gaya hidup meliputi yuran untuk menyertai kursus kemajuan kendiri seperti kursus bahasa, fotografi, menjahit dan sebagainya akan ditingkatkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN