Belanjawan 2024: RM1.6 bilion pinjaman, jaminan buat PMKS bumiputera

Belanjawan 2024: RM1.6 bilion pinjaman, jaminan buat PMKS bumiputera

PARA peniaga di Ipoh, Perak mengikuti pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani oleh Anwar Ibrahim hari ini. - MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM1.6 bilion nilai kemudahan pinjaman dan jaminan disediakan khusus untuk usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera meningkatkan kapasiti dan daya saing mereka termasuk penyediaan pembiayaan modal teroka kepada syarikat pemula bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Anwar berkata, institusi pelaburan bumiputera akan dipusatkan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB). 

Pada masa sama, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) digabungkan di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diperkukuh melalui suntikan tanah strategik kerajaan khususnya di Kuala Lumpur bagi projek pembangunan perumahan. 

Ekuinas juga akan diletakkan di bawah payung Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) bagi memperkukuh pengembangan perniagaan bumiputera dengan kerjasama PNB dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). 

Anwar berkata, langkah itu sebagai ikhtibar dari pengalaman lampau yang membenarkan keterlanjuran dan kecuaian berlaku hingga akhirnya merugikan agensi bumiputera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya