Belanjawan 2024:  Peruntukan RM50 juta untuk Inisiatif  Pendapatan Rakyat 

Belanjawan 2024:  Peruntukan RM50 juta untuk Inisiatif  Pendapatan Rakyat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM500 juta diperuntuk bagi meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program Inisiatif  Pendapatan Rakyat (IPR) pada tahun depan yang bertujuan membantu menambah pendapatan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,  IPR yang diluncurkan tahun ini  berjaya meningkatkan pendapatan bulanan kepada lebih 2,000 peserta.

“Di bawah program INSAN umpamanya, peserta telah berjaya meraih hasil jualan purata sehingga RM14,000 sebulan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, usaha kerajaan dalam menamatkan kemiskinan tegar terus menunjukkan kemajuan dengan data terbaharu menunjukkan penurunan.

Kata beliau, kadar  kemiskinan tegar merudum daripada anggaran satu peratus tahun 2020 kepada 0.2 peratus atau hanya 18,000 isi rumah sekarang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya