Belanjawan 2024: Peruntukan keselamatan, pertahanan dipertingkat

Belanjawan 2024: Peruntukan keselamatan, pertahanan dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menambah peruntukan untuk bidang keselamatan dan pertahanan negara dalam Belanjawan 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada tahun hadapan, Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM19.7 bilion, iaitu meningkat RM2 bilion berbanding 2023.

Sementara itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri pula diperuntukkan RM19 bilion, iaitu bertambah RM500 juta. 

“Bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara, kerajaan akan memulakan proses perolehan aset-aset baharu. 

“Ini termasuk perolehan 12 helikopter baharu Tentera Udara Diraja Malaysia, perolehan aset-aset utama Tentera Darat Malaysia seperti 60 kereta perisai infantri, 50 High Mobility Light Tactical Vehicle (HMLTV), enam Hovercraft Integrated Fast Interceptor serta 733 kenderaan sokongan pelbagai jenis.

“Kerja-kerja memasang pulih dua aset kapal selam selain meneruskan perolehan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia serta perolehan bagi menggantikan aset lama dengan tujuh buah pesawat kapal terbang twin engine dan 5 buah helikopter ringan PDRM,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam masa sama, Anwar berkata, kerajaan akan menambah aset-aset perairan antaranya perolehan 45 unit bot pelbagai jenis Tentera Darat serta sembilan buah kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi meningkatkan keselamatan sempadan dan perairan negara di samping memperkukuh kecekapan dan keberkesanan kawalan di pintu-pintu masuk antarabangsa. 

“Kerajaan juga akan membina tujuh pos imbangan antaranya di Melikin dan Pa’ Daleh, Sarawak, pos keselamatan di Sungai Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik, Sabah serta kerja awalan pembinaan dua ICQS di Nabawan dan Kalabakan, Sabah.

“Kerajaan akan mewujudkan sebuah agensi tunggal sempadan negara atau single border agency (SBA). RM20 juta turut disediakan untuk menyelenggara, membaiki serta memperoleh harta modal di pintu-pintu masuk antarabangsa seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya