Belanjawan 2024: Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit ISSB

Belanjawan 2024: Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit ISSB

ANWAR Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada Islamic Securities Selling and Buying (ISSB) mulai tahun taksiran 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi meningkatkan keseluruhan jumlah dagangan sekuriti dan kecairan pasaran saham patuh syariah melalui penglibatan lebih ramai pelabur dan broker dalam transaksi ISSB selain memastikan layanan setara yang diberikan bagi transaksi Securities Borrowing and Lending (SBL).

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan turut bercadang mengecualikan cukai pendapatan sepenuhnya selama lima tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam seperti perbankan digital Islam, bursa digital Islam, syarikat berkaitan ummah danpengeluar token digital Islam mulai tahun taksiran 2024 bagi menyokong pembangunan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) sebagai hab kewangan Islam dan patuh syariah.

“Bagi mendalami nilai-nilai universal ekonomi Islam dan pengalamannya dalam konteks semasa, kerajaan menyediakan RM20 juta bagi merancakkan kajian serta kreativiti dan inovasi ekonomi Islam. Usaha ini akan diterajui oleh Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dengan penglibatan bersama MIFC dan industri.

“Alhamdulillah, Malaysia kekal pada kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) global untuk 10 tahun berturut-turut. 

“Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) akan terus memperkukuh daya saing negara dalam bidang kewangan Islam di samping mengetengahkan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama bagi aktiviti pemerolehan dana dan pelaburan Islam serta hab takaful semula,”  katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya