Belanjawan 2024: Pemberian rebat bil elektrik RM40 sebulan

Belanjawan 2024: Pemberian rebat bil elektrik RM40 sebulan

subsidi
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian subsidi itu melibatkan peruntukan sebanyak RM55 juta.

“Kerajaan juga bersetuju untuk mengecualikan bayarakan deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga melaksanakan subsidi bersasar dengan melepaskan sebahagian subsidi bagi 10 peratus penggunaan elektrik tertinggi dan mengekalkan subsidi yang sama bagi 90 peratus pengguna.

“Pendekatan bersasar ini telah dapat menjimatkan lebih RM4.6 billion ringgit daripada unjuran subsidi elektrik RM20 billion ringgit,” katanya.

“Bukan itu sahaja, kerajaan menanggung subsidi elektrik dengan RM16 billion ringgit untuk tahun 2023 bagi pengguna di rumah serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya