Belanjawan 2024: Pastikan rakyat dapat bekalan asas pada harga berpatutan - Utusan Malaysia

Belanjawan 2024: Pastikan rakyat dapat bekalan asas pada harga berpatutan

SHAIK FARIDHUDHEEN ANVERDEEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan diharapkan dapat memberikan peruntukan yang munasabah dalam Belanjawan 2024 bagi memastikan rakyat mendapat bekalan barangan asas dengan harga berpatutan.

Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim), Shaik Faridhudheen Anverdeen berkata, kenaikan harga barangan asas seperti beras dan minyak masak serta kekurangan bekalan gula bersubsidi dalam pasaran menjadikan rakyat khususnya golongan B40 serta golongan M40 terkesan dengan keadaan ekonomi yang amat mencabar.

”Kita berharap peruntukan yang munasabah akan diberikan bagi memastikan rakyat mendapat bekalan barangan asas dengan harga yang berpatutan.

”Saya yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan belanjawan mesra rakyat dengan mengambil kira semangat Malaysia Madani,” katanya di sini hari ini.

Belanjawan 2024 dijadualkan dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini.

Menurut Shaik Faridhudheen, golongan M40 dan T20 juga harus diberikan perhatian oleh kerajaan dengan memberikan pelepasan cukai yang tinggi untuk kos sara diri golongan berkenaan.

Jelas beliau, antara yang boleh dilaksanakan adalah pelepasan cukai pendapatan untuk perbelanjaan peribadi, isteri dan anak-anak dinaikkan memandangkan kos sara diri kian meningkat.

Tambahnya, pelepasan khas untuk perbelanjaan pembelian peralatan bantuan pembelajaran seperti komputer, komputer riba serta telefon pintar juga harus dipertimbangkan.

”Peruntukan ‘one off’ kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar serta aktif dalam aktiviti-aktiviti bantuan kemasyarakatan harus diberi perhatian.

”Kita berharap kerajaan akan mengambil pandangan semua pihak sebelum merangka perbelanjaan yang akan memacu sektor ekonomi negara serta menjamin kemakmuran bersama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya