Belanjawan 2024: Naik gaji supaya kuasa beli meningkat

Belanjawan 2024: Naik gaji supaya kuasa beli meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Kenaikan gaji kakitangan awam dalam Belanjawan 2024 supaya kuasa beli meningkat antara harapan para peniaga yang mengalami kurang pelanggan disebabkan kenaikan harga barang.

Peniaga di Pasar Awam Batu Gajah di sini berkata, rata-rata mereka mengalami kekurangan pelanggan disebabkan kurang kuasa membeli.

Peniaga ayam, Muhammad Taufiq Meor Saradi, 26, berkata, sebagai contoh, stok bekalan ayam yang dijual melebihi permintaan kerana kurang kuasa membeli.

“Sudah dua minggu keadaan di pasar ini agak lengang berbanding sebelum ini. 10 ekor ayam mentah pun belum tentu boleh habis.

“Harga ayam tidak naik mendadak tetapi mungkin barang-barang asas makanan lain yang meningkat menyebabkan mereka (pelanggan) tidak mempunyai kuasa membeli,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, kos sara hidup yang meningkat mestilah selaras dengan kenaikan gaji rakyat di negara ini.

“Jika kos sara hidup sahaja yang meningkat, tetapi paras gaji masih pada tahap yang rendah, bagaimana rakyat mahu berbelanja untuk menampung kos sara hidup?,” katanya.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Mohammad Zul Asyraaf Zairifli, 26, berkata, kos sara hidup meningkat membebankan kakitangan awam yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, gaji penjawat awam sewajarnya dinaikkan kerana kos sara hidup yang naik secara mendadak.

“Untuk gaji, jika difikirkan memang patut naik kerana elaun yang diterima adalah berdasarkan bidang atau kursus tambahan. Jika ada yang tidak terlibat dengan kursus, sudah tentu terbeban dengan kos sara hidup sekarang,” katanya.

Beliau berharap dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan esok ada berita baik dari kerajaan mengenai gaji penjawat awam di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya