Belanjawan 2024: Lebih RM500 juta untuk R&D 

Belanjawan 2024: Lebih RM500 juta untuk R&D 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM510 juta disediakan sebagai dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu menekankan model pertumbuhan ekonomi yang dipimpin oleh aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi.

Katanya, ia bagi memastikan Malaysia berjaya memasuki 30 negara teratas dalam Indeks Inovasi Global menjelang 2025:

“Antaranya, RM50 juta dikhususkan sebagai geran padanan untuk universiti awam bekerjasama dengan sektor swasta dalam merancakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang boleh dikomersialkan.

“Sejumlah RM76 juta juga disediakan bagi memperkasakan ekosistem melalui penyediaan dana sokongan pengkomersialan produk hasil ciptaan perusahaan perniagaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta jabatan dan agensi kerajaan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, katanya, program INNOVATHON yang dilancarkan tahun ini berjaya mengetengahkan banyak hasil ciptaan anak tempatan yang boleh dikomersialkan dan ia akan teruskan bagi menyubur dan menyemarak pendayaciptaan dalam kalangan rakyat.

“Bagi membudaya pendayaciptaan dalam kalangan pemain industri, RM10 juta disediakan melibatkan bidang teknologi E&E di bawah MIMOS, sektor angkasa di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan teknologi dron dan robotik di bawah MRANTI,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya