Belanjawan 2024: Kesungguhan kerajaan bela nasib mahasiswa

Belanjawan 2024: Kesungguhan kerajaan bela nasib mahasiswa

SHAMSUL AIMAN MU'AMAR SHAMSUL BAHRIN dan MOHD AZHARI AFIRUL AMIRUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peningkatan peruntukan Belanjawan 2024 dari RM15.3 bilion kepada RM16.3 bilion adalah tanda komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan tinggi negara.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Mohd. Azhari Afirul Amiruddin berkata, pengumuman Belanjawan 2024 mengenai peruntukan untuk meningkatkan capaian Wi-Fi di universiti awam adalah satu langkah proaktif untuk menangani masalah yang seringkali dihadapi oleh mahasiswa kami. 

“Masalah capaian internet yang lemah telah menjadi halangan dalam proses pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan terutamanya dalam era digital ini. 

“Penambahan capaian Wi-Fi yang lebih baik akan memberi manfaat besar kepada kami, dan kami benar-benar berharap bahawa implementasinya akan dilakukan dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mohd. Azhari berkata, pihaknya sangat menghargai usaha kerajaan dalam menyokong sektor pendidikan tinggi negara agar terus diperkukuh dan memberikan mahasiswa 1,001 manfaat kerana mahasiswa adalah kunci utama kemajuan negara.

“Mahasiswa adalah generasi muda yang penuh dengan potensi, semangat, dan idea-idea segar yang dapat membawa perubahan positif kepada negara,” katanya.

Dalam Belanjawan 2024,  Kementerian Pendidikan Tinggi dinaikkan kepada RM16.3 billion ringgit berbanding RM15.3 billion  pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menerusi Belanjawan 2024 juga menyediakan RM250 juta untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam termasuk RM5 juta untuk melaksanakan projek pendigitalan hospital pengajar universiti.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin berkata, kenaikan peruntukan kewangan pada Belanjawan 2024 kali ini menunjukkan kerajaan menitikberatkan mutu pendidikan tinggi sebagai aset penting negara.

Shamsul Aiman berkata bantuan ini juga mampu menyelesaikan masalah kemudahan dan akses  kepada mahasiswa IPTA terutamanya dalam kemudahan layar web perkhidmatan universiti.

“Kerajaan perlu mengambil berat mengenai akses sistem pelajar setiap universiti, supaya peruntukan untuk membaik pulih capaian internet ini tidak hanya melepaskan ‘batuk di tangga’,”katanya.

Beliau menjelaskan,pengumuman itu memperlihatkan kesungguhan Perdana Menteri yang amat memahami denyut nadi mahasiswa yang banyak melontarkan idea dan aduan ketika program Temu Anwar selama ini. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya