Belanjawan 2024: Kerajaan setuju luas kriteria pendapatan Biasiswa Kecil Persekutuan

Belanjawan 2024: Kerajaan setuju luas kriteria pendapatan Biasiswa Kecil Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mulai tahun hadapan, kerajaan bersetuju meluaskan kriteria pendapatan ibu bapa bagi permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) mengikut kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK) RM2,589 berbanding RM1,500 sebelum ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluasan syarat itu akan memberi peluang kepada tambahan 35,000 lagi anak bangsa daripada keluarga kurang mampu untuk mendapat BKP.

“Bagi memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir daripada pendidikan, kerajaan turut bersetuju memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga tingkatan tiga berbanding sehingga tingkatan satu sebelum ini. 

“Keseluruhannya, sejuta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan RM150 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN