Belanjawan 2024: Kerajaan berhasrat rasionalisasi subsidi diesel bersasar

Belanjawan 2024: Kerajaan berhasrat rasionalisasi subsidi diesel bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan berhasrat merasionalisasikan subsidi diesel secara berfasa bagi mengelakkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menanggung RM1.60 sen bagi setiap liter diesel atau sekitar RM1.5 bilion keseluruhannya. 

Bagaimanapun, katanya, data penggunaan menyaksikan jualan diesel bersubsidi meningkat sehingga 40 peratus sejak 2019, tetapi kenderaan menggunakan diesel hanya meningkat kurang tiga peratus. 

Justeru, katanya, ia menunjukkan kemungkinan ketirisan dan aktiviti penyeludupan susulan harga diesel yang murah. 

“Secara konsepnya, harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barangan. 

“Sementara pengguna lain akan dikenakan harga yang lebih tinggi. Dengan pendekatan tersebut, ia dapat mengurangkan ketirisan subsidi tetapi pada masa yang sama, mengurangkan impak kepada harga barangan untuk rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya