Belanjawan 2024: Kartel, pakat harga bertentangan prinsip Madani

Belanjawan 2024: Kartel, pakat harga bertentangan prinsip Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menegaskan hubungan perdagangan antara pembeli dan penjual  hendaklah jujur untuk hasrat penyasaran semula subsidi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gejala kartel dan berpakat harga yang menyebabkan kenaikan harga berlebihan bertentangan dengan prinsip Madani.

“Kerajaan tidak akan berdiam diri sekiranya penyasaran semula subsidi dijadikan alasan untuk menaikkan harga tidak munasabah” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, tumpuan utama kerajaan adalah untuk menghapuskan amalan parasit.

Beliau berkata, amalan parasit itu boleh dihapuskan melalui langkah kawalan ketat dan menyeluruh oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Dengan peruntukan RM10 juta, ia juga dapat memperkukuh kapasiti dan fungsi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya