Belanjawan 2024: Kadar pengangguran 3.4 peratus, inflasi 2 peratus terendah di Asia Tenggara 

Belanjawan 2024: Kadar pengangguran 3.4 peratus, inflasi 2 peratus terendah di Asia Tenggara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ekonomi domestik Malaysia terus kukuh selepas hampir setahun mentadbir negara.

Perdana Menteri berkata, kadar pengangguran turun kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos lalu, iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum Covid-19 (3.3 peratus).

“Kendatipun kebergantungan makanan import masih tinggi, tekad dan kesungguhan semua pihak berjaya meredakan inflasi secara beransur-ansur setiap bulan.

“Pada Ogos 2023, kadar inflasi hanya dua peratus iaitu antara terendah di rantau ini malah lebih baik ketimbang negara ekonomi maju,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya