Belanjawan 2024: Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah naik dari RM3,100 kepada RM3,700

Belanjawan 2024: Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah naik dari RM3,100 kepada RM3,700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) meningkat dari RM3,100 kepada RM3,700 bermula tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

“Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 ringgit yang Insya-Allah akan disalurkan sebelum Ramadan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Anwar, pemberian STR akan memanfaat sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Beliau berkata, peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

Katanya, kerajaan pada tahun ini telah memperkenal Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan. 

“Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad. Mengambil kira maklum balas yang amat baik, Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan,” katanya.

Anwar berkata, STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November ini dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. 

“Insya-Allah, bayaran pertama sehingga RM500 dibuat pada bulan Februari 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya