Belanjawan 2024: Kadar kemiskinan tegar terus merudum

Belanjawan 2024: Kadar kemiskinan tegar terus merudum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha menoktahkan kadar kemisikinan menunjukkan kemajuan selepas data terkini menyaksikan kadar kemiskinan tegar merudum.

Perdana Menteri berkata, ini berikutan daripada angka satu peratus miskin tegar direkodkan pada 2020, menurun kepada 0.2 peratus atau hanya 18,000 isi rumah sekarang.

“Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang diluncurkan tahun ini telah berjaya meningkatkan pendapatan bulanan kepada lebih 2,000 peserta yang terlibat.

“Di bawah program INSAN umpamanya, peserta telah berjaya meraih hasil jualan purata sehingga RM14,000 sebulan.

“Tahun hadapan, RM500 jutat disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya