Belanjawan 2024: Harga lantai padi belian naik RM1,300

Belanjawan 2024: Harga lantai padi naik RM1,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300  per tan metrik demi membantu meningkatkan pendapatan pesawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan  mendengar rungutan pesawah padi apabila harga belian oleh pengilang telah diturunkan kepada tahap minimum RM1,200 per tan metrik sedangkan sebelum ini harga belian oleh pengilang jauh lebih tinggi.

Katanya, peruntukan di bawah Belanjawan Madani Kedua menyediakan RM2.6 billion bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada para pesawah dan nelayan.

“Kerajaan juga memulakan usaha rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di dua negeri.

“Antara kawasan jelapang yang terlibat, Bota Kiri, Perak di Kangar, Perlis dan Kota Sarang manakala Kedah di Semut,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan usaha untuk menaik taraf infrastruktur pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis dan Kedah bagi meningkatkan pengeluaran padi dengan pelaburan bernilai RM3 billion ringgit.

Kerajaan juga bersetuju meningkatkan peruntukan subsidi padi bukit atau padi huma sebanyak RM50 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya