Belanjawan 2024: Finas hargai keprihatinan kerajaan

Belanjawan 2024: Finas hargai keprihatinan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menghargai keprihatinan kerajaan dalam meningkatkan industri kandungan kreatif melalui peruntukan Belanjawan 2024 yang dibentangkan semalam. 

Dalam satu kenyataan, Finas juga berharap penggiat industri kandungan kreatif berganding bahu dan menjunjung semangat kebersamaan untuk menghasilkan kesan positif terhadap ekosistem kreatif yang dinamik, selain memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi serta budaya negara. 

“Finas menghargai keprihatinan kerajaan terhadap penggiat industri kandungan kreatif yang telah diterjemah melalui inisiatif peruntukan RM60 juta di bawah Dana Kandungan Digital (DKD). Ia untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan dan RM90 juta di bawah inisiatif Film in Malaysia Incentive (FIMI) untuk terus menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa. 

“Selain itu, pengurangan kepada 10 peratus duti hiburan bagi tayangan filem dan cadangan penetapan kadar cukai pendapatan khas sehingga 10 peratus kepada syarikat produksi filem, pelakon filem asing dan kru filem yang menjalankan penggambaran filem di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya