Belanjawan 2024: Cukai Hab Perkhidmatan Global diperkenal, tarik pelabur

Belanjawan 2024: Cukai Hab Perkhidmatan Global diperkenal, tarik pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memperkenalkan galakan cukai Hab Perkhidmatan Global bagi menggalakkan lebih banyak komitmen syarikat pelabur menjadikan Malaysia sebagai pusat perkhidmatan global. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dengan insentif kadar cukai pendapatan lima peratus atau 10 peratus yang ditentukan berdasar keberhasilan untuk tempoh sehingga 10 tahun.

“Kerajaan komited menaik taraf lapangan terbang sedia ada bagi meningkatkan keupayaan operasi bagi memenuhi peningkatan kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong. 

“Sejumlah RM47 juta disediakan bagi menambah baik fasiliti penumpang di terminal Lapangan Terbang Tioman dan memanjangkan landasan sedia ada kepada 1,300 meter,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya