Belanjawan 2023: Stesen LRT3 yang dibatalkan akan diteruskan

Belanjawan 2023: Stesen LRT3 dibatal diteruskan

PERKHIDMATAN transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya beroperasi dengan bilangan tren yang terhad berikutan kegagalan sistem bekalan kuasa yang disambar petir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dibatalkan sebelum ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik. 

“Pengekalan stesen-stesen ini dijangka melengkapi dan menambah baik jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang yang bakal memanfaatkan dua juta penduduk dengan kos sebanyak RM4.7 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, sejumlah RM96 juta Dana Sokongan Bas Henti-henti disediakan bagi membantu menampung kos operasi harian pengendali bas henti-henti yang perlu meneruskan perkhidmatan di laluan kurang penumpang di kawasan desa.

Selain itu, sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi meneruskan Program Transformasi Bas Henti-henti termasuk meluaskan manfaatnya ke tiga lokasi baharu iaitu Kota Bharu, Kuantan dan Kota Setar. 

“Kerajaan akan terus mensubsidi pengangkutan udara sebanyak RM209 juta untuk manfaat penduduk desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak. 

“Manfaat pas bulanan My50 turut akan diteruskan kepada lebih 180,000 penduduk Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan bas dan rel Prasarana ulang-alik mencari rezeki,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya