Belanjawan 2023: RM6.8 bilion untuk TVET

Belanjawan 2023: RM6.8 bilion untuk TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan dana keseluruhan untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berjumlah RM6.8 bilion pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada tahun depan RM100 juta diperuntukkan bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.

“Tahun hadapan, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memanfaat dana RM1.6 bilion ringgit untuk menyediakan 1.7 juta tawaran latihan.

“Pada masa yang sama, HRD Corp akan menguntukkan semula dana khas menggunakan 15 peratus daripada jumlah kutipan levi bagi melaksanakan Program Latihan Madani merangkumi program latihan semula dan peningkatan kemahiran kepada usahawan PMKS dan golongan rentan seperti bekas banduan, OKU, warga emas dan pesara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, belanjawan sebelum ini telah memulakan secara rintis usaha merombak pendidikan TVET negara melalui kerjasama dengan syarikat GLC dan swasta.

Katanya, setakat 5 Oktober lalu, 17 GLC dan 44 syarikat swasta telah terlibat dalam pemeteraian 61 memorandum persefahaman mencakup kerjasama melalui pembangunan kurikulum serta sumbangan peralatan dan kepakaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya