Bekas pemain pasukan bola sepak negara, Harun Jusoh meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas pemain pasukan bola sepak negara, Harun Jusoh meninggal dunia

AHLI keluarga menziarahi jenazah Allahyarham Harun Jusoh yang meninggal dunia di rumahnya di Lorong Haji Da, Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU TUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA TERENGGANU: Bekas tonggak bola sepak negara era 1970-an, Harun Jusoh, dilaporkan meninggal dunia, hari ini, selepas menderita sakit saraf sejak lebih dua tahun lalu.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Lorong Haji Da, Batu Buruk, di sini, kira-kira pukul 4.26 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sharifah Azizah Syed Omar, 71, dan empat orang anak.

Untuk rekod, Allahyarham merupakan tonggak negara yang beraksi pada Sukan Olimpik Munich 1972 bersama beberapa nama besar seperti Allahyarham Namat Abdullah, Allahyarham Ali Bakar dan mendiang M. Chandran.

Allahyarham turut menyarung jersi Malaysia di Sukan Asia di Tehran, Iran pada 1974 dan meraih pingat gangsa serta membantu skuad negara mengalahkan Arsenal 2-0 pada 1975.

Utusan Malaysia pada 2021 pernah melaporkan keadaan Allahyarham yang hanya mampu terlantar akibat penyakit saraf dan radang sendi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya