Bekas homeguard meninggal dunia pada usia 114 tahun

Bekas homeguard meninggal dunia pada usia 114 tahun

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Bekas homeguard atau pengawal kawasan era darurat 1948, Mat Ariffin Mat Deris, 114, yang dikatakan paling tua di negara ini meninggal dunia akibat sakit tua di Kampung Tanjong Buluh di sini, kelmarin.

Anaknya, Zulkifli, 50, berkata, kesihatan arwah bapanya mula terjejas dan semakin merosot sejak tiga bulan lalu sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin.

“Keadaan ayah tenat sejak dua hari lalu dan kami ahli keluarga di sini dan saudara-mara dari Kelantan berkumpul di sisinya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya di Kampung Tanjong Buluh di sini.

Utusan Malaysia pada 26 Ogos lalu menyiarkan kisah perjuangan Allahyarham Mat Ariffin semasa bertugas sebagai homeguard menentang Komunis di Sungai Golok dan Pasir Mas, Kelantan bermula era Darurat 1948.

Sejarah pembabitan Allahyarham sebagai homeguard bermula pada era darurat 1948 dan kemudian sebagai anggota polis di Balai Polis Meranti berdekatan Pasir Mas sebelum negara merdeka.

Allahyarham bertugas mengawal kampungnya ketika ancaman Komunis di Kampung Kuin Merah, Rantau Panjang dan Kampung Banggul Cik Wan berdekatan Pasir Mas sekitar 1950-an.

Mat Ariffin mempunyai dua isteri, 13 anak berusia antara 45 hingga 76 tahun dan 40 cucu menamatkan tugasnya sebagai homeguard setelah pasukan itu dibubarkan pada 1 Julai 1959 apabila pengganas komunis yang berjuang secara gerila meletakkan senjata.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, arwah menjadi salah seorang daripada anggota keluarga angkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis kerana mengenang jasanya ketika berkhidmat sebagai homeguard.

“Allahyarham Mat Ariffin antara bekas homeguard paling tua di negara ini di samping empat rakannya lagi yang berusia antara 80 hingga 100 tahun masih hidup tinggal di Kampung Tanjong Buluh.

“Mereka adalah wira negara yang berjuang semasa era Komunis pada 1948 sehingga 1959. Oleh itu kami menjadikan keempat-empat bekas homeguard ini sebagai keluarga angkat IPD Lipis,” katanya.

Ujarnya, Mat Ariffin dianugerahkan sijil penghargaan oleh bekas Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sempena sambutan Hari Polis Ke-214 peringkat negeri di Kuala Lipis pada 2021. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya