Beberapa lokasi sekitar ibu negara dilanda banjir kilat

Beberapa lokasi sekitar ibu negara dilanda banjir kilat

ANGGOTA bomba dan Angkatan Pertahanan Awam membawa keluar penduduk di Kampung Pasir, Kuala Lumpur selepas dinaiki air ekoran hujan lebat petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Trafik di beberapa lokasi di ibu negara dijangka perlahan ekoran banjir kilat dan air bertakung susulan hujan lebat sejak pukul 4 petang tadi.

Antara lokasi tersebut melibatkan Jalan Sultan Ismail, Jalan Sultan Iskandar, Jalan Syed Putra, Jalan Pahang dan Jalan Ampang.

Turut terlibat, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Damasara dan Lebuh Raya KL-Seremban.

Sementara itu, kawasan di Kampung Periuk, Kampung Baru dekat sini turut dinaiki air.

Difahamkan, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat  (JBPM) Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam turut menyelamatkan penduduk yang terperangkap akibat banjir itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya