Batal projek KXP: Sanusi nafi Al-Bukhary dilantik pemaju - Utusan Malaysia

Batal projek KXP: Sanusi nafi Al-Bukhary dilantik pemaju

sanusi
MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa berbohong berhubung pembatalan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dikatakan berpunca daripada kontraktor tarik diri dan tidak sesuai.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak pernah berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran menyeluruh sebelum menjawabnya di Parlimen.

“Dia (Anwar) cakap projek itu batal sebab kontraktor tarik diri dan tak viable, dijawab dalam parlimen. Orang yang buat engagement dengan kerajaan negeri untuk terlibat dalam projek itu sebagai konsultan, projek selenggara, baiki dan overhaul (MRO), aeroangkasa, kargo, penerbangan, semuanya kita sudah jumpa.

“Bila seorang Perdana Menteri tanpa usul periksa atau berjumpa kita, tanya penjelasan yang benar dan mendapat gambaran menyeluruh tiba-tiba pergi jawab dalam parlimen. Yang kedua punya bohong kata Syed Mokhtar telefon kata tak mahu buat. Bila kita lantik Syed Mokhtar?” katanya ketika berucap pada program Pidato Empat Menteri Besar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-29, malam tadi.

Pada Mac lalu, Anwar mendedahkan konglomerat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menarik diri daripada terlibat dalam projek KXP menerusi panggilan telefon yang dalam masa sama memaklumkan keputusan itu kerana ia menelan kos berjumlah RM7 bilion.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi dalam ucapannya berterusan menempelak tindakan Anwar yang dikatakan gemar menggunakan modal ‘menerima panggilan telefon’ daripada individu-individu tertentu termasuk Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan.

“Dia ini banyak modal telefon dia, Erdogan telefon dia, Mohammed Salman (Tengku Mahkota Arab Saudi), Joko Widodo (Presiden Indonesia), takkanlah Netanyahu (Benjamin, Perdana Menteri Israel) telefon dia. Semua orang telefon dia, dia tak telefon orang. Ingat orang hendak percaya.

“Saya tengok Tun Dr. Mahathir Mohamad depan-depan bercakap dengan Erdogan cakap dalam Bahasa Inggeris, ada penterjemah (untuk Erdogan). Dia (Anwar) dekat telefon cakap terus, cepat pula itu,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau bertemu dengan Syed Mokhtar selepas Anwar memaklumkan pembatalan projek KXP dan mengesahkan Ahli Parlimen Tambun itu berbohong.

“Takkanlah saya tak jumpa Syed Mokhtar selepas daripada itu. Takkanlah Syed Mokhtar tak sembang dengan saya dan ceritakan semua sekali. Dia cerita tetapi saya tak mahu beritahu biar saya simpan sendiri,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya