PETALING JAYA: Sebuah bas Rapid KL laluan T640 yang membawa lapan penumpang terbakar di Jalan Penchala di sini, pagi tadi.
Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) dalam kenyataan di sini berkata, sebuah bas laluan T640 dari LRT Taman Jaya ke Taman Sri Sentosa terbakar dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.
“Sebanyak lapan penumpang dan kapten bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelas kenyataan itu.
Tambah kenyataan Rapid Bus, semua penumpang yang terlibat mengambil pengangkutan alternatif untuk ke destinasi mereka.
“Pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 11:15 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada tepat 12 tengahari tadi,” katanya.
Rapid KL dalam kenyataan bahawa mereka akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi siasatan lanjut.
Bagaimanapun, tiada sebarang kerosakan harta awam dilaporkan. -UTUSAN