Bapa tumbuk, tendang anak kandung direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Bapa tumbuk, tendang anak kandung direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Lelaki yang ditahan kerana menumbuk dan menendang anak kandungnya hingga mengalami kecederaan tisu lembut dalam kejadian di Kampung Perah di sini kelmarin, direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 37 tahun itu bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai dan pengabaian kanak-kanak.

“Suspek telah ditangkap semalam dan perintah tahanan reman ke atas lelaki itu diperoleh selama tujuh hari.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwaan Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mengalami kecederaan di bahagian belakang badan selepas dipukul bapanya.

Suspek yang datang ke rumah iparnya itu telah menumbuk dan menendang anaknya beberapa kali selain bertindak agresif dengan melibas parang yang ada di tangannya hingga hampir terkena mangsa.

Berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu dibawa ibu saudaranya yang berusia 35 tahun ke rumah wanita itu Sabtu lalu pada pukul 6 petang untuk menyambut hari lahir mangsa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya