Bantuan Gaza bertolak esok - Utusan Malaysia

Bantuan Gaza bertolak esok

Dua wanita berjalan di tepi bangunan yang musnah diserang rejim zionis di Rafah dekat selatan Semenanjung Gaza, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga treler membawa bekalan perubatan, makanan dan minuman bernilai RM7.2 juta akan bertolak ke sempadan Mesir-Palestin me­nuju ke Gaza selewat-lewatnya Isnin ini.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Mohd Johari Ismail berkata, kerja-kerja memasukkan bantuan kecemasan itu ke dalam lori mula dilakukan kelmarin de­ngan bantuan sukarelawan MCM yang berada di Kaherah, Mesir sejak 10 hari lalu.

“Kita membelanjakan lebih RM500,000 membeli barangan perubatan, makanan dan minuman daripada RM1.5 juta yang sudah dibelanjakan untuk bantuan kecemasan,” katanya.

Katanya, sumbangan disalurkan terus kepada MCM di Pa­lestin yang diketuai penduduk tempatan, Ahmad Abu Ayesh.

“Antara makanan yang akan dihantar ke Gaza ialah da­ging, ikan dan kacang dalam tin, tepung gandum, keju, manisan serta air minuman di dalam botol dan dimasukkan ke dalam kotak kecil yang setiap satu seberat lapan kilogram,” katanya.

Menurutnya, kemasukan lori yang membawa bantuan ke Gaza masih terhad.

“Hanya 74 lori membawa bantuan makanan dan ubat-ubatan dibenarkan melepasi Rafah manakala beratus-ratus lori lagi beratur di pintu sempadan menunggu giliran,” katanya.

Beliau berkata, pihak ‘Miles of Smiles’ turut mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Mesir untuk merancang kerjasama namun masih lagi belum dibenarkan untuk masuk ke Gaza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya