Banjir kilat: Trafik sesak, perlahan di kebanyakan lokasi ibu negara 

Banjir kilat: Trafik sesak, perlahan di kebanyakan lokasi ibu negara 

KEADAAN Jalan Parlimen yang dinaiki air akibat hujan lebat petang tadi. - FB DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Trafik perlahan dan sesak akibat banjir kilat berpunca daripada hujan lebat di beberapa lokasi di sekitar ibu negara petang ini.

Menerusi hantaran Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Faceboo, setakat pukul 5.32 petang tadi, trafik sesak di Jalan Kinabalu, Jalan Pahang, Jalan Ampang dan Jalan Pudu. 

“Trafik turut dilaporkan sesak di Jalan Melaka, Jalan Parlimen, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin. 

“Kesesakan turut berlaku di Jalan Damansara, Jalan Bangsar dan Jalan Syed Putra,” katanya. 

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, antara negeri terlibat adalah Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya