Banjir: Hanya 397 mangsa di tiga PPS di Kedah

Banjir: Hanya 397 mangsa di tiga PPS di Kedah

KEADAAN sebahagian rumah penduduk yang dipenuhi lumpur setelah banjir surut di Kampung Padang Empang, Kupang di Baling. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Keadaan banjir di negeri ini bertambah baik apabila hanya tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di Kota Setar berikutan tiga lagi daerah terjejas sudah pulih sepenuhnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan, hanya 397 mangsa daripada 131 keluarga yang kekal berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman, SK Seri Gunung dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah setakat pukul 12 tengah hari ini.

Manakala kesemua mangsa di daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Baling yang terlibat banjir sejak seminggu lalu sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sejak beberapa hari lalu.

Banjir di Kedah mencatatkan seramai 1,908 orang penduduk di empat daerah berkenaan dipindahkan ke 12 PPS bermula Ahad lalu ekoran kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang bencana itu melainkan kerosakan harta benda yang dialami mangsa. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya