Badan khas pelajar golongan OKU perlu ditubuhkan di Unimas

Badan khas pelajar golongan OKU perlu ditubuhkan di Unimas

FATIMAH Abdullah (tengah depan) bersama pelajar OK pada lawatannya di Kolej Cempaka, Unimas, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN: Sebuah badan khas bagi pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) wajar ditubuhkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) seiring dengan peningkatan jumlah pelajar OKU di universiti berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata badan khas itu nanti mampu dijadikan sebagai platform menyuarakan keperluan golongan pelajar khas ini di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

“Penubuhan satu badan akan menjadi suara bagi pelajar berkeperluan khas ini boleh didengari, daripada segi luahan hati mereka bukan sahaja didengar tetapi keperluan mereka boleh dipenuhi.

“Inilah kepentingan badan itu nanti, yang pihak universiti boleh pertimbangkan,” jelas Fatimah ketika ditemui media pada lawatannya di Kolej Cempaka, UNIMAS, pada hari ini.

Tambahnya lagi, penubuhan badan tersebut juga mampu menjadi rangkaian perhubungan yang rapat di antara pelajar berkeperluan khas dengan pihak universiti.

“Pelajar OKU ini pelbagai (pelbagai keistimewaan khas), sudah tentu sekali daripada segi keperluan mereka juga pelbagai. Jika usaha membentukkan satu badan, ia dapat mewakili pelajar yang berkeperluan ini.

“Hal ini demikian kerana, ia akan menjadi jambatan di antara pelajar yang berkeperluan khas dengan pihak universiti,” ujarnya.

Ke arah penubuhannya, Fatimah melihat ia merupakan satu usaha menjadikan UNIMAS sebagai sebuah universiti mesra kepada golongan OKU.

Sementara itu, lawatan kerja tersebut turut mencari bakat dalam kalangan pelajar OKU bagi Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Sebagai rekod, seramai 67 orang pelajar OKU telah berdaftar di Unimas pada tahun ini terdiri daripada 40 orang pelajar lelaki dan 27 orang pelajar perempuan yang mengambil bidang di peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya