Ayob Khan dikurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis

Ayob Khan dikurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis

AL-SULTAN Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Ayob Khan Mydin Pitchay. -INSTAGRAM/ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay merupakan antara penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis 2023 di Istana Negara hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis 2023 sesi pertama.

Pada istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Ayob Khan.

Menurut akaun Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan PGPP kepada empat pegawai kanan polis iaitu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad; Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan PGPP Kehormat kepada Pesuruhjaya Polis Brunei, Datuk Paduka Seri Mohammad Irwan Hambali dan Ketua Polis Thailand, Torsak Sukvimol.

Pada istiadat sama, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) kepada 58 penerima, Pahlawan Pasukan Polis (PPP) kepada 88 penerima, Kesatria Pasukan Polis (KPP) kepada 17 penerima, Bentara Pasukan Polis (BPP) kepada 138 penerima dan seorang penerima Pingat Keberanian Polis (PKP).

Penganugerahan DKPP diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya